Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Terpaksa minta maaf kerana beri tip guna mekap untuk tutup kesan dera

Sebuah rancangan televisyen Maghribi tentang isu-isu wanita meminta maaf kerana menyiarkan panduan menggunakan mekap untuk menutup tanda-tanda penderaan rumah tangga.

Anggaran Waktu Membaca:
Terpaksa minta maaf kerana beri tip guna mekap untuk tutup kesan dera

Rancangan TV Maghribi yang memberikan panduan cara menutup kesan dera dengan mekap. (Gambar: Petikan dari YouTube)

Diterbitkan : 03 Dec 2016 02:08AM Dikemas Kini : 03 Dec 2016 02:11AM

RABAT, MAGHRIBI: Sebuah rancangan televisyen Maghribi tentang isu-isu wanita meminta maaf kerana menyiarkan panduan menggunakan mekap untuk menutup tanda-tanda penderaan rumah tangga.

Rancangan TV dipanggil ‘Sabahiyat’ (Pagi) yang dilemparkan pelbagai kritikan itu turut menyifatkan segmen tersebut sebagai “kesilapan dalam pengadilan”.

Rancangan harian untuk wanita berkenaan, yang juga dimuat naik online, meminta maaf setelah menerima pelbagai kecaman di media sosial serta petisyen daripada wanita-wanita yang marah dengan tindakannya itu.

Segmen di rancangan ‘Sabahiyat’ tersebut menunjukkan wanita “mekap yang boleh anda gunakan untuk menutup lebam-lebam di wajah anda” sempena Hari Antarabangsa untuk Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita.

Segmen yang dimuat naik online itu diturunkan, namun satu petisyen oleh hampir 2,000 orang dihantar ke Penguasa Tinggi Maghribi bagi Perhubungan Audiovisual, yang mengadakan satu mesyuarat Isnin lalu (28 Nov).

Rancangan itu, yang disiarkan di saluran awam 2M, menyatakan bahawa ‘Sabahiyat’ sudah disiarkan hampir enam tahun, dan sentiasa menyentuh “setiap isu yang penting” bagi wanita.

“Keprihatinan kami hanya satu: untuk mempertahankan hak wanita. Bagi pihak pasukan Sabahiyat kami di 2M, kami dengan ikhlas meminta maaf dan menyesali segmen kecantikan yang disiarkan pada Rabu, yang merupakan kesilapan pada pertimbangan.

“Kami meminta anda memahaminya dan komited untuk lebih berhati-hati bagi setiap program kami,” menurut kenyataan rancangan itu.

M2 juga menyatakan ia akan “mengambil langkah-langkah yang perlu terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kesilapan ini dan untuk memperkukuhkan penyeliaan dan kawalan kami tentang hal ini” dan menggariskan “komitmen kami selama 27 tahun untuk mempertahankan hak-hak wanita.”

Maghribi tidak mempunyai sebarang undang-undang bagi keganasan rumahtangga dan keganasan terhadap wanita berleluasa, menurut Human Rights Watch.

Sumber : AP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan