Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera tahan Presiden Mugabe di bawah tahanan rumah

Tentera Zimbabwe menahan Presiden Robert Mugabe di dalam kediamannya di ibu kota Harare, kata Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera tahan Presiden Mugabe di bawah tahanan rumah

Presiden Zimbabwe Robert Mugabe. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Nov 2017 11:52AM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 12:08PM

HARARE: Tentera Zimbabwe menahan Presiden Robert Mugabe di dalam kediamannya di ibu kota Harare, kata Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma.

Presiden Mugabe memberitahu Presiden Zuma dalam satu panggilan telefon bahawa beliau berada dalam keadaan baik, kata pejabat pemimpin Afrika Selatan itu, seperti ditukil Malaysiakini.

Pasukan tentera kini mengawal ibu kota Harare selepas mereka merampas stesen televisyen negara itu dan mengatakan mereka menyasarkan "penjenayah".

Tindakan itu dipercayai usaha untuk menggantikan Mugabe dengan timbalannya Emmerson Mnangagwa yang dipecat sebelum ini, lapor BBC.

Pemecatan Mnangagwa minggu lepas menimbulkan spekulasi isteri Mugabe, Grace bakal dilantik sebagai pengganti presiden, menurut Malaysiakini.

Presiden Mugabe, 93, sudah menguasai politik negara itu sejak ia meraih kemerdekaan dari Britain pada tahun 1980.

Selepas beberapa hari khabar angin tersebar hingga mencetuskan ketegangan, tentera merampas stesen televisyen ZBC Selasa lalu.

Seorang pegawai tentera Zimbabwe, Mejar Jeneral Sibusiso Moyo, seperti dipetik Malaysiakini, menafikan rampasan kuasa, tetapi mengatakan tentera menyasarkan "penjenayah" di sekeliling Presiden Mugabe.

Encik Moyo juga berkata keselamatan pemimpin diktator itu dan keluarganya terjamin.

Setakat ini tidak jelas siapa yang mengetuai tindakan ketenteraan tersebut.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan