Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Filipina temui 19 mayat orang awam

Tentera Filipina mendakwa kumpulan militan di bandar Marawi, Mindanao telah membunuh 19 orang awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2017 07:37PM Dikemas Kini : 28 May 2017 10:24PM

MARAWI: Tentera Filipina mendakwa kumpulan militan di bandar Marawi, Mindanao telah membunuh 19 orang awam.

Mereka termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak.

Pertempuran di bandar Marawi antara tentera dengan militan-militan, kebanyakannya dari kumpulan Maute, bermula Selasa lalu (23 Mei).

Puluhan anggota militan mengganas di merata bandar yang ramai penduduk Islam ini selepas pasukan keselamatan cuba menangkap Isnilon Hapilon, militan veteran yang dianggap sebagai pimpinan tempatan kumpulan pengganas ISIS.

Pihak militan kini menduduki sebahagian bandar ini.

Dalam pertempuran yang berlaku sepanjang enam hari lalu, 13 askar, dua anggota polis dan 51 militan terbunuh.

Ini menjadikan jumlah keseluruhannya 85 orang termasuk 19 orang awam yang menurut tentera dibunuh pihak militan.

Semalam tentera Filipina mengumumkan akan meningkatkan kempen pengebomannya di Marawi.

Sasarannya termasuk kawasan-kawasan perumahan.

Seorang jurucakap tentera berkata anggota-anggota militan telah bersembunyi di dalam rumah-rumah, bangunan pemerintah dan kemudahan lain.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan