Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Filipina, pihak militan, aniaya penduduk awam semasa krisis Marawi

Pertubuhan Amnesty International mengeluarkan laporan terbaru mengenai pergolakan di Marawi, Ia mengutuk kedua-dua pihak - militan dan tentera pemerintah - kerana melakukan penganiayaan terhadap penduduk awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2017 07:22PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 09:52PM

MARAWI: Pertubuhan Amnesty International mengeluarkan laporan terbaru mengenai pergolakan di Marawi, Ia mengutuk kedua-dua pihak - militan dan tentera pemerintah - kerana melakukan penganiayaan terhadap penduduk awam.

Laporan itu dikeluarkan hampir sebulan selepas pemerintah Manila mengisytiharkan berakhirnya konflik di Marawi, yang bermula Mei lalu.

Antara lain, laporan itu menuduh militan Maute dan askar-askar pemerintah Filipina mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Menurut Amnesty International, kumpulan Maute melakukan pembunuhan, penjarahan dan penderaan tahanan-tahanan.

Ia juga menuduh askar-askar pemerintah menyiksa dan melayan buruk para suspek yang disyaki militan.

Tentera pemerintah juga dituduh melakukan "pengeboman meluas yang memusnahkan seluruh kejiranan di Marawi."

Amnesty International menggesa siasatan rapi terhadap dakwaan-dakwaan tersebut dan memberi pampasan kepada mangsa-mangsa.

Laporan itu berdasarkan hasil lawatan sebuah kumpulan penyelidik ke Mindanao September lalu.

Hampir 50 saksi dan penduduk ditemu ramah.

Sumber : Agensi berita/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan