Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Filipina mengesahkan 2 ketua pengganas Maute maut dalam pertempuran di Marawi

Tentera Filipina mengesahkan dua pemimpin tinggi kumpulan militan Maute, terkorban dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pihak tentera di bandar Marawi, beberapa bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2017 08:52PM Dikemas Kini : 16 Oct 2017 10:39PM

FILIPINA: Tentera Filipina mengesahkan dua pemimpin tinggi kumpulan militan Maute, terkorban dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pihak tentera di bandar Marawi, beberapa bulan lalu.

Salah seorang daripada mereka ialah Isnilon Hapilon, yang juga antara barisan pemimpin kumpulan Abu Sayyaf.

Mayat seorang lagi yang ditemui ialah Omar Maute, ketua kumpulan militan Maute yang ada kaitan dengan ISIS.

Seorang lagi pemimpin kumpulan pemberontak dari Malaysia, Mahmud Ahmad, dilaporkan masih lagi bebas dan sedang diburu oleh pihak berkuasa Filipina.

Pengumuman itu dibuat sedang tentera Filipina meneruskan gerakan untuk menguasai semula kubu terakhir yang diduduki pihak militan di Marawi.

Pihak tentera berikrar, Marawi akan bebas daripada militan dalam masa beberapa hari dan ofensif akan dipergiat di merata Mindanao sehinggalah kumpulan militan dihapuskan.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan