Tentera Australia diberi lebih kuasa bertindak dalam serangan pengganas
Tentera Australia akan diberi lebih banyak kuasa untuk bertindak apabila berlaku serangan pengganas di negara itu.
SYDNEY: Tentera Australia akan diberi lebih banyak kuasa untuk bertindak apabila berlaku serangan pengganas di negara itu.
Perdana Menteri, Malcolm Turnbull mengumumkan demikian menyusuli semakan terhadap tindak balas pasukan keselamatan berkaitan serangan-serangan pengganas di Australia dan negara-negara lain.
Antara perubahannya - polis Australia tidak perlu menunggu sehingga ia tidak lagi berupaya untuk menangani sesuatu serangan pengganas sebelum meminta bantuan dari pihak tentera.
Pasukan-pasukan keselamatan khas juga akan diterapkan ke dalam agensi-agensi penguatkuasaan bagi penyelarasan lebih baik.
Selain itu, para pegawai tentera akan menyediakan latihan khusus kepada pasukan polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.