Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tawanan berjaya larikan diri gara-gara helah wang tebusan palsu

Tiga lelaki yang diculik oleh para anggota militan di selatan Filipina berjaya melarikan diri semasa penculik mereka sedang bersembahyang.

Anggaran Waktu Membaca:
Tawanan berjaya larikan diri gara-gara helah wang tebusan palsu

Askar Filipina bertempur dengan para anggota militan di Pulau Jolo. (Gambar: AFP/MARK NAVALES)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 03:13PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 03:15PM

MANILA: Tiga lelaki yang diculik oleh para anggota militan di selatan Filipina berjaya melarikan diri semasa penculik mereka sedang bersembahyang.

Mereka juga berjaya mengelak dari ditembak semasa melarikan diri, menurut polis pada Sabtu (12 ogos), selepas helah dengan wang tebusan palsu gagal dilaksanakan.

Keadaan lelaki keempat yang melarikan diri ke arah berlainan masih tidak dapat dipastikan.

Para pekerja binaan itu dibawa kepada pihak polis di pulau Jolo pada Jumaat, empat minggu selepas diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf, yang menjadikan lebih 12 orang sebagai tebusan termasuk beberapa warga asing di hutan-hutan terpencil.

Lelaki-lelaki bersenjata itu menerima jumlah wang tunai yang tidak dipastikan sebagai tebusan pada Khamis, tetapi enggan melepaskan mereka selepas mendapat tahu wang itu palsu, menurut ketua polis daerah Reuben Sindac.

Abu Sayyaf, yang dituduh bertanggungjawab atas serangan pengganas yang paling dahsyat dalam sejarah negara itu, dikenali atas perbuatan memenggal kepala individu yang diculik jika bayaran wang tebusan tidak dibuat. 

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan