Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Irma masih ganas meski kekuatan berkurangan

Sejak Irma mengganas, lebih enam juta penduduk dirarah berpindah, iaitu pemindahan terbesar dalam sejarah Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2017 07:01PM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 11:09PM

SOUTH CAROLINA: Taufan Irma terus mengganas walaupun kekuatannya diturunkan kepada ribut tropika.

Ia bergerak ke utara hingga ke wilayah South Carolina, menyebabkan banjir di jalan-jalan raya bandar Charleston.

Para penduduk diarah menjauhi kawasan-kawasan rendah yang dinaiki air setinggi satu meter.

Sebelum itu Irma menimpakan kemusanahan besar di Florida. Lebih enam juta penduduk terputus bekalan elektrik akibat taufan Irma.

Kerosakan terbesar dilaporkan di gugusan pulau dipanggil Florida Keys.

Bagaimanapun di sesetengah bahagian para penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi menilai sendiri tahap kerosakan.

Sejak Irma mengganas, lebih enam juta penduduk dirarah berpindah, iaitu pemindahan terbesar dalam sejarah Amerika. 

Sumber : BERITA Mediacorp/MM/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan