Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Irma: 6.5 juta penduduk Florida diarah tinggalkan rumah bagi dapatkan perlindungan

Taufan Irma terus mengganas dan menuju ke barat Florida, selepas menimpakan kerosakan besar dan menyebabkan empat juta rumah terputus bekalan elektrik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2017 07:45PM Dikemas Kini : 11 Sep 2017 09:51PM

MIAMI: Taufan Irma terus mengganas dan menuju ke barat Florida, selepas menimpakan kerosakan besar dan menyebabkan empat juta rumah terputus bekalan elektrik.

Sungguhpun kekuatan taufan itu kini diturunkan kepada kategori 2, namun ia masih membawa ribut sekencang 175 kilometer sejam.

Sekurang-kurangnya tiga orang mati sejauh ini.

Hujan lebat menenggelami jalan-jalan raya di Miami dan melumpuhkan perniagaan.

Sekitar 6.5 juta orang atau satu pertiga daripada jumlah keseluruhan penduduk Florida, diarah meninggalkan rumah masing-masing untuk mendapatkan perlindungan di tempat-tempat yang selamat.

Bekalan elektrik dijangka hanya dapat dipulihkan sepenuhnya dalam masa beberapa minggu.

Syarikat American Airlines menggantung semua penerbangan di lapangan terbang Miami.

Taufan Irma dijangka menjejas terus sektor pelancongan Florida yang bernilai AS$100 bilion setiap tahun.

Daya tarikan utama seperti Universal Studios, Legoland dan Sea World ditutup buat sementara waktu.

Berjuta-juta penduduk dijangka terjejas apabila Irma membadai kawasan barat Florida, sebelum ia bergerak ke utara sehingga wilayah Georgia. 

Sumber : CNA/MM/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan