Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Hato paksa Hong Kong tingkatkan tahap amaran taufan ke paras maksimum

Pusat pemantauan cuaca Hong Kong mengeluarkan amaran taufan tahap 10 iaitu yang tertinggi dalam sistem amaran ribut negara itu berikutan taufan Hato yang semakin menghampiri bandar itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2017 01:50PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 10:17PM

HONG KONG: Pusat pemantauan cuaca Hong Kong mengeluarkan amaran taufan tahap 10 iaitu yang tertinggi dalam sistem amaran ribut negara itu berikutan taufan Hato yang semakin menghampiri bandar itu.

Beratus-ratus penerbangan dan perkhidmatan pengangkutan lain sudah dibatalkan, sekolah-sekolah dan kebanyakan perniagaan di hab kewangan juga dijangka ditutup.

Angin dengan kelajuan 118 kilometer sejam atau lebih dijangka melanda kawasan itu dengan amaran ribut hujan peringkat jingga.

Paras air setinggi 3.6 meter dicatatkan di Quarry Bay dan dijangka terus meningkat sepanjang hari.

Paras air di kawasan Pelabuhan Tolo pula mencecah 5 meter sekitar tengah hari. Banjir air laut juga dijangka melanda kawasan-kawasan rendah.

Buat masa ini, kebanyakan penerbangan Cathay Pacific, ke Hong Kong sudah dibatalkan.

Syarikat penerbangan itu menyatakan taufan tersebut akan beri kesan "teruk" pada operasi penerbangannya.

Hong Kong biasanya dilanda taufan antara Julai dan Oktober.

Bandar itu pernah menyaksikan taufan paling teruk pada 1962 di mana taufan Wanda melanda dengan kelajuan angin 284 kilometer sejam. 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan