Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taman haiwan adakan majlis kahwin singa lengkap dengan kek daging

Dua ekor singa berkahwin. Manusia jadi kendaratnya dan rewang untuk si singa. Mungkin begitulah yang boleh diungkapkan bagi cerita berikut ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Taman haiwan adakan majlis kahwin singa lengkap dengan kek daging

Nabha yang sedang melihat ke arah Nova. (Gambar: STR / AFP)

Diterbitkan : 27 Sep 2016 09:06PM Dikemas Kini : 27 Sep 2016 09:38PM

BANGLADESH: Dua ekor singa berkahwin. Manusia jadi kendaratnya dan rewang untuk si singa. Mungkin begitulah yang boleh diungkapkan bagi cerita berikut ini.

Para pekerja taman haiwan di Bangladesh mengadakan pesta bagi meraikan perkahwinan dua ekor singa.

Ini termasuk menghadiahkan kek berbentuk hati, dengan harapan agar ia dapat menarik para pengunjung dan menggalak haiwan tersebut supaya mengawan.

Sekitar 400 pengunjung menghadiri majlis perkahwinan yang meriah dengan hiasan belon-belon khas buat singa betina, yang merupakan haiwan paling lama di taman haiwan itu, dengan singa baru yang diberi nama Nabha.

“Ini adalah majlis yang luar biasa. Kami berusaha mewujudkan suasana meriah dan berwarna-warni bagi meraikan penyatuan singa jantan dan betina ini,” pentadbir pemerintah daerah Chittagong, Mesbah Uddin memberitahu AFP.

“Kami membeli singa yang sebelum ini bernama Badsha dan menukarkan namanya kepada Nabha, dari Taman Haiwan Rangpur untuk menetap di sini bersama singa betina, Nova, dengan tujuan kedua-duanya mengawan dan melahirkan lebih banyak singa,” tambah Encik Mesbah.

Satu majlis pra-perkahwinan singa juga diadakan bagi para pengunjung yang terdiri daripada murid-murid sekolah, termasuk satu konsert kecil-kecilan, kata Timbalan Kurator Taman Haiwan Monjur Morshed.

Namun, yang paling menarik dalam majlis tersebut merupakan kek seberat 10 kilogram yang dibuat daripada daging termasuk daging lembu, ayam, telur, dan hati goreng, tambah Encik Monjur.

Nova dilahirkan di Taman Haiwan Chittagong sekitar 11 tahun yang lalu dan kebanyakan waktunya dihabiskan tanpa pasangan singa jantan, sehinggalah Badsha tiba pada bulan ini.

Kedua-dua singa itu bagaimanapun akan diletakkan dalam kurungan yang berasingan namun bertentangan antara satu sama lain selama tiga hari bagi memberikannya masa untuk saling membiasakan diri.

Sumber : AFP/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan