Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tak sengaja pecahkan gelang jed S$61,000, wanita pengsan apabila disuruh bayar balik

Wanita itu masuk ke sebuah pasar yang menjual barangan jed apabila secara tiba-tiba gelang jed yang sedang dicuba terjatuh,

Anggaran Waktu Membaca:
Tak sengaja pecahkan gelang jed S$61,000, wanita pengsan apabila disuruh bayar balik

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 28 Jun 2017 10:18PM Dikemas Kini : 28 Jun 2017 10:28PM

CHINA: Bila membeli-belah, khususnya di kedai yang menjual barangan berharga dan mudah pecah, pasti kita akan lebih berhati-hati.

Jika rosak atau pecah barangan di kedai sedemikian, mungkin 'botak' kepala untuk membayar ganti ruginya!

Dalam kes yang berikut ini, seorang pelancong di China dilaporkan pengsan setelah secara tidak mengaja memecahkan gelang jed yang berharga 300,000 yuan (S$61,000).

Wanita itu masuk ke sebuah pasar yang menjual barangan jed di Bandar Ruilli, wilayah Yunnan, di barat daya China semalam (27 Jun) apabila secara tiba-tiba gelang jed yang sedang dicuba terjatuh, lapor Daily Mail.

Lebih malang lagi, gelang tersebut patah dua, menurut laporan laman People's Daily.

Menurut laporan, gelang itu terlepas dari genggaman beliau dan terpecah dua setelah terhentak atas lantai.

Rakaman video menunjukkan wanita berkenaan pengsan sebaik saja mengetahui harga gelang tersebut.

Jed adalah produk mewah di China dan dianggap sebagai lambang kesihatan dan jangka hayat yang panjang, lapor Daily Mail.

Setelah gelang itu pecah, pemilik kedai memberitahu wanita berkenaan, harganya adalah 300,000 yuan.

Wanita itu kemudian begitu terkejut sehingga pengsan dan terpaksa dibaringkan oleh keluarganya untuk membantu beliau sedar kembali.

Menurut para saksi, keluarga wanita itu menawarkan sebanyak 70,000 yuan (S$14,250) sebagai ganti rugi, namun tidak diterima oleh pemilik kedai kerana ia tidak mencukupi.

Gelang tersebut kemudian dinilai oleh pakar bebas dan dikatakan bernilai sekitar 180,000 yuan (S$36,640).

Keluarga wanita itu bersetuju untuk membayar jumlah yang dinyatakan oleh pakar, lapor Daily Mail.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan