Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tahap keselamatan dipertingkat di London Tube setelah lelaki diberkas

Tahap keselamatan dipertingkatkan di rangkaian kereta api London Underground menyusuli penangkapan seorang lelaki berusia 19 tahun, setelah barangan mencurigakan ditemui dalam sebuah kereta api bawah tanah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2016 10:03PM Dikemas Kini : 23 Oct 2016 10:04PM

LONDON: Tahap keselamatan dipertingkatkan di rangkaian kereta api London Underground menyusuli penangkapan seorang lelaki berusia 19 tahun, setelah barangan mencurigakan ditemui dalam sebuah kereta api bawah tanah.

"Orang ramai akan menyaksikan lebih ramai pegawai, termasuk pegawai polis bersenjata, di dan sekitar hab-hab pengangkutan," kata seorang jurucakap polis Scotland Yard kepada AFP hari ini (22 Okt).

Polis bersenjata menangkap lelaki itu di London semalam di bawah undang-undang anti pengganasan berhubung pakej mencurigakan yang ditemui pada hari sebelumnya.

Pistol 'stun gun' digunakan dalam penangkapan tersebut di sebuah kawasan beli-belah yang sibuk, namun tiada tembakan dilepaskan.

Suspek, yang diberkas kerana disyaki melakukan, membuat persiapan dan menghasut tindakan-tindakan pengganasan, masih ditahan hari ini.

Barangan itu, yang ditemui di sebuah kereta api di stesen North Greenwich, yang berkhidmat di kompleks hiburan O2 di tenggara London, sedang diperiksa oleh pasukan forensik.

Ancaman pengganasan di serata Britain kini diletakkan pada tahap yang tinggi - paras keempat tertinggi dalam lima tahap - sejak Ogos 2014, yang bermakna serangan dianggap besar berkemungkinan berlaku.

Akhbar The Times melaporkan tentang "tindakan secara sendirian" dan menyatakan insiden itu "dikhuatiri adalah percubaan pengeboman nyata yang pertama terhadap rangkaian pengangkutan London dalam tempoh lebih 10 tahun."

Scotland Yard bagaimanapun enggan memberi komen tentang laporan itu.

Sumber : AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan