Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat diarah alih 20 patung dewa dewi kerana 'tidak sesuai' dipamerkan

Pejabat Daerah Kulim memberi tempoh hingga 30 September ini kepada sebuah syarikat agar mengalihkan patung-patung Buddha dan dewa dewi di sebuah taman.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat diarah alih 20 patung dewa dewi kerana 'tidak sesuai' dipamerkan

Patung-patung yang harus dialihkan di taman berkonsepkan Bali di Taman MBI Desaku, Padang Meha. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 10:12PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 10:18PM

KULIM: Pejabat Daerah Kulim memberi tempoh hingga 30 September ini kepada sebuah syarikat agar mengalihkan patung-patung Buddha dan dewa dewi di sebuah taman.

Syarikat ECK Sdn Bhd dituntut mengalihkan 20 patung berkenaan yang dikatakan tidak sesuai untuk dipamerkan kepada orang awam yang terdapat di taman berkonsep Bali di Taman MBI Desaku, Padang Meha.

Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Kulim Mohamad Che Nai berkata, keputusan tersebut diambil selepas mengadakan mesyuarat semalam yang mana menetapkan beberapa patung Buddha dan dewa-dewi yang didirikan di taman tersebut perlu dialihkan.

"Selain itu, kita juga mengarahkan syarikat pemaju tersebut menyenaraikan kesemua karakter yang ada dan dirancang akan dibina di taman itu secara bertulis kepada pejabat daerah.

"Ini bertujuan untuk dikemukakan ke pejabat mufti negeri bagi mendapat pandangan dan kebenaran karakter yang mana sesuai untuk dipamerkan kepada orang awam," katanya kepada pemberita hari ini.

Selasa lalu, Pejabat Daerah Kulim mengarahkan taman bertemakan Bali itu ditutup kepada orang ramai di samping dua patung wanita bersayap dialihkan selepas mendapat aduan daripada netizen yang kurang senang dengan karakter berunsurkan ketuhanan yang dipamerkan di situ.

Taman unik itu dimajukan syarikat terbabit dengan tarikan lebih 30 patung dan ukiran pelbagai saiz seperti watak Optimus Prime daripada Transformers, Spiderman dan Snow White.

Terdapat lima tema lanskap untuk tatapan pengunjung iaitu Holland, Disneyland, Bali, Kaktus dan Jepun.

Sementara itu, Mohd Rawi berkata, beliau menghargai semua perbincangan yang dilakukan dengan berlapang dada oleh pihak terbabit dalam isu patung tersebut bagi menjaga keharmonian beragama di negeri ini.

"Kita mahu taman itu memberi impak ekonomi dan pelancongan yang positif kepada kawasan tersebut. Saya lihat taman itu sebagai tarikan pelancongan dan menambah kemakmuran ekonomi yang bukan saja bertaraf negeri tetapi antarabangsa," katanya.  

Sumber : Bernama/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan