Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suu Kyi akhirnya bersuara berhubung pembunuhan penasihat, peguam kanan

Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi akhirnya bersuara sebulan selepas penasihatnya dibunuh, dengan menyifatkannya sebagai satu "kehilangan besar" bagi negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Suu Kyi akhirnya bersuara berhubung pembunuhan penasihat, peguam kanan

Penasihat guaman Liga Nasional Demokrasi (NLD), Ko Ni, yang ditembak mati pada Januari di luar lapangan terbang Yangon. (Gambar: AFP/Hong Sar)

Diterbitkan : 27 Feb 2017 09:02AM Dikemas Kini : 27 Feb 2017 09:06AM

YANGON: Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi akhirnya bersuara sebulan selepas penasihatnya dibunuh, dengan menyifatkannya sebagai satu "kehilangan besar" bagi negara itu.

Ko Ni, seorang peguam Muslim yang terkenal dan juga pengkritik tentera Myanmar, ditembak di kepalanya pada 29 Januari lalu di luar lapangan terbang Yangon dalam pembunuhan yang menggemparkan pemerintah Myanmar.

Seorang pemandu teksi, Ne Win, turut terbunuh apabila beliau cuba menangkap lelaki bersenjata itu yang sudahpun diberkas. Pihak berkuasa turut mendedahkan bahawa lelaki berkenaan diupah oleh seorang bekas pegawai tentera yang kini masih diburu.

Parti Liga Nasional bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Suu Kyi turut menyifatkan insiden itu sebagai satu pembunuhan politik dan "tindakan pengganas" yang bertentangan dengan dasar negara itu.

Bagaimanapun Suu Kyi yang merupakan rakan karib Ko Ni, terus membisu menyusuli insiden tersebut.

Namun pada Ahad, beliau membuat kemunculan di tempat awam, yang jarang-jarang berlaku, bagi menghadiri upacara yang diadakan untuk memperingati kedua-dua mangsa itu.

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan