Images
  • borussia dortmund
    Bas pasukan Borussia Dortmund berdepan dengan serangan letupan baru-baru ini. (Gambar: Reuters / Kai Pfaffenbach Livepic)

Suspek serangan bas Dortmund ditangkap; bukan berbaur pengganasan

ROTTENBURG: Polis Jerman menangkap lelaki yang disyaki melancarkan serangan bom ke atas bas yang membawa pasukan bola sepak Borussia Dortmund.

Dia dikenal pasti sebagai Sergei V, berusia 28 tahun dan mempunyai dua kerakyatan - Jerman dan Rusia.

Siasatan polis menunjukkan tindakannya itu bukan berbaur pengganasan tetapi bertujuan meraih keuntungan.

Sergei dipercayai memiliki saham dalam pasukan Dortmund dan berharap untuk mengaut keuntungan jika harga saham pasukan itu turun disebabkan serangan tersebut.

Serangan bom pada 11 hari bulan lalu ke atas bas yang membawa para pemain Dortmund mencederakan seorang pemain. 

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top