Images
  • suspect fb
    Seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Steve Stephens menyiar videonya membunuh seorang lelaki lanjut usia di Facebook. (Gambar: Stevie Steve/Social Media/ Handout melalui REUTERS)

Suspek bunuh diri selepas muat naik video pembunuhan di Facebook

PENNSYLVANIA: Lelaki yang dikatakan memuat naik video dirinya membunuh seorang lelaki lanjut usia di Facebook, membunuh diri setelah "diburu" oleh para pegawai Polis Pennsylvania pada Selasa (19 Apr), menurut polis.

Steve Stephens dituduh menembak mati Robert Godwin Sr., 74 tahun, di laluan pejalan kaki di Cleveland pada Ahad, sebelum melarikan diri dalam sebuah kereta dan memuat naik video pembunuhan itu ke laman Facebook, di mana operasi untuk memburunya dilancarkan di seluruh negara.

Stephens, yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini, tidak disyaki dalam mana-mana pembunuhan lain, menurut para pegawai Cleveland.

Insiden tembakan itu merupakan klip video terbaru jenayah kejam yang dimuat naik ke Facebook, yang mencetuskan kebimbangan tentang bagaimana rangkaian media sosial terbesar di dunia itu dapat mengawal kandungannya.

Syarikat tersebut pada Isnin turut menyatakan bahawa ia akan menyemak bagaimana ia dapat memantau rakaman ganas dan bahan lain yang kurang menyenangkan sebagai respons terhadap pembunuhan tersebut.

Rakaman pembunuhan itu boleh ditonton di Facebook selama hampir dua jam sebelum ia dilaporkan, menurut syarikat berkenaan. 

- Reuters/im

Komen Anda?

Top