Images
  • kedah one
    Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Badlishah. (Gambar: Angkatan Muda Keadilan Kedah/Facebook)

Sultan Kedah meninggal dunia pada usia 90 tahun

ALOR SETAR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira jam 2.30 petang tadi, menurut laporan akhbar Utusan Malaysia.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak.


Namun Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang media mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini.

Laporan akhbar itu turut melaporkan bahawa pengumuman rasmi mengenai kemangkatan Sultan Kedah dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain di Wisma Darulaman, pada pukul 2.15 petang

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah adalah satu-satunya raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, menurut Utusan Malaysia.

- Agensi Berita/UR/ur

Komen Anda?

Top