Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Johor perintah orang ramai agar tidak ganggu wanita yang peluk, cium beliau

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan orang ramai tidak mengganggu wanita yang didakwa memeluk dan mencium baginda ketika konvoi Diraja singgah  di Bandar Baru Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 pada Isnin lalu (11 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor perintah orang ramai agar tidak ganggu wanita yang peluk, cium beliau

Seorang wanita yang didakwa memeluk dan mencium Sultan Johor. (Gambar: Petikan skrin/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Diterbitkan : 14 Sep 2017 11:18PM Dikemas Kini : 14 Sep 2017 11:23PM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan orang ramai tidak mengganggu wanita yang didakwa memeluk dan mencium baginda ketika konvoi Diraja singgah  di Bandar Baru Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 pada Isnin lalu (11 Sep).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Royal Press Office, baginda menegaskan bahawa wanita itu tidak mencium baginda dan perkara itu jelas sebagaimana dalam rakaman video.

“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah Sultan Ibrahim.

Sultan Johor juga menjelaskan bahawa wanita itu tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dan meminta polis supaya lebih bijaksana dalam mengendalikan kes itu.

Gambar dan rakaman video wanita itu menjadi viral di laman sosial sejak dua hari lepas.

Kejadian pada pukul 8.45 pagi itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika Sultan Ibrahim berangkat tiba di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program KMJ 2017.

Wanita itu didakwa memeluk bahu kanan dan cuba mencium pipi kiri Sultan Ibrahim, sebelum ditahan pihak polis untuk diambil keterangan berhubung tindakannya dan siasatan masih dijalankan.

Sumber : Bernama/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan