Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami diceraikan kerana gagal layan mesej-mesej isteri

Berbekalkan tanda "sudah dibaca" pada aplikasi mesej Line, wanita ini berjaya menjadikannya sebagai bukti kepada pihak mahkamah, bahawa suaminya mengabaikannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Suami diceraikan kerana gagal layan mesej-mesej isteri

Gambar aplikasi Line. (Gambar: KAZUHIRO NOGI / AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 08:26PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 08:36PM

TAIWAN: Berbekalkan tanda "sudah dibaca" pada aplikasi mesej Line, wanita ini berjaya menjadikannya sebagai bukti kepada pihak mahkamah, bahawa suaminya mengabaikannya.

Dengan itu, hakim membuat keputusan wanita itu boleh menceraikan suaminya berdasarkan bukti tersebut.

Hakim mahkamah keluarga di daerah Hsinchu itu mengatakan tanda "dibaca" itu satu bukti yang penting bahawa rumah tangga wanita itu tidak boleh diselamatkan. Atas dasar itu, beliau boleh menceraikan suaminya itu.

Wanita yang mempunyai nama keluarga Lin mengatakan selama setahun setengah, suaminya itu hanya membaca mesej-mesej yang dikirimnya, sehingga mesej yang memberitahu beliau berada di unit jagaan rapi (ICU) kerana kemalangan, juga tidak diberikan respons.

Laman BBC Indonesia melaporkan, dalam salah satu mesej, beliau meminta suaminya untuk melawatnya di hospital, tetapi sekali lagi, suaminya hanya membaca tanpa membalas.

Walaupun demikian, suaminya tetap melawatnya tetapi sikapnya yang tidak memperdulikan mesej-mesej yang lain cukup baginya untuk meminta penceraian.

"Mesej-mesej yang dikirimkan akan membuatkan pembaca untuk membacanya tetapi tidak membalas... perkahwinan ini tidak boleh diselamatkan lagi," menurut keputusan hakim ditukil BBC Indonesia.

Sebulan atau dua bulan sebelum insiden tersebut, suaminya menjawab mesej-mesejnya. Namun, mesej-mesej itu "berkenaan anjing mereka dan surat, tidak menunjukkan rasa peduli terhadap isterinya," menurut hakim.

"Tiada interaksi antara pengirim dan dikirim. Yang dikirim jarang sekali membalas mesej-mesej."

Menurut BBC Indonesia, pasangan itu berkahwin sejak tahun 2012. Selain tidak membalas mesej, hakim juga berpendapat terdapat beberapa masalah rumah tangga yang lain yang menjejaskan perkahwinan mereka.  

Sumber : Agensi berita/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan