Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

StanChart rujuk dakwaan rasuah di firma Indonesia ke pihak berkuasa

Standard Chartered sudah merujukkan dakwaan-dakwaan salah laku di sebuah syarikat Indonesia kepada pihak berkuasa yang relevan, menurut bank itu hari ini (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
StanChart rujuk dakwaan rasuah di firma Indonesia ke pihak berkuasa

Logo Standard Chartered. (Gambar fail: REUTERS/Tyrone Siu)

Diterbitkan : 27 Sep 2016 07:55PM Dikemas Kini : 27 Sep 2016 08:52PM

LONDON: Standard Chartered sudah merujukkan dakwaan-dakwaan salah laku di sebuah syarikat Indonesia kepada pihak berkuasa yang relevan, menurut bank itu hari ini (27 Sep).

Cabang ekuiti privet bank tersebut membuat pelaburan ke dalam syarikat berkenaan.

Akhbar Wall Street Journal sebelum ini melaporkan bank tersebut berdepan dengan siasatan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat terhadap sama ada StanChart gagal menghentikan salah laku yang dipercayai dilakukan di syarikat Maxpower Group Pte Ltd, yang membina loji tenaga.

"Standard Chartered mengambil amat serius dakwaan-dakwaan salah laku di mana-mana pelaburan ekuiti saham kami. Kami secara proaktif merujuk hal ini kepada pihak berkuasa yang sesuai dan sudah menjalankan semakan kami sendiri," kata jurucakap bank itu. 

Sumber : Reuters/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan