Images
  • qatar stadium
    Stadium Khalifa di Doha, Qatar.

Stadium Qatar jalani peningkatan besar-besaran jelang Piala Dunia 2022

DOHA: Stadium Khalifa di Doha sudah menjalani kerja peningkatan besar-besaran untuk digunakan bagi pertandingan bola sepak Piala Dunia 2022.

Ini termasuk memasang sistem penyaman udara.

Stadium ini bakal menjadi tempat pertandingan bola sepaknya yang pertama Jumaat ini sejak ia selesai menjalani kerja ubah elok .

Perlawanan akhir Piala Amir itu antara pasukan Al Sadd dengan Al Rayyan.

Stadium Khalifa kini boleh menampung sehingga 48,000 penonton berbanding 40,000 sebelumnya.

Ia juga merupakan arena Piala Dunia yang pertama siap. 

- CNA/im

Komen Anda?

Top