Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Speaker Dewan Kebangsaan Korea Selatan lawat S'pura

Speaker Dewan Kebangsaan Korea Selatan, Chung Sye-Kyun sedang melakukan lawatan rasmi ke negara ini untuk mengukuhkan hubungan antara parlimen kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Speaker Dewan Kebangsaan Korea Selatan lawat S'pura

KSpeaker Dewan Kebangsaan Korea Selatan, Chung Sye-Kyun. (Gambar fail: KIM HONG-JI / AFP)

Diterbitkan : 20 Mar 2017 08:51PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 09:37PM

SEOUL: Speaker Dewan Kebangsaan Korea Selatan, Chung Sye-Kyun sedang melakukan lawatan rasmi ke negara ini untuk mengukuhkan hubungan antara parlimen kedua-dua negara.

Beliau disertai delegasi yang terdiri daripada anggota parlimen, para pegawai dan ahli-ahli perniagaan.

Pagi tadi (20 Mac), mereka mengadakan pertemuan dengan Speaker Parlimen Halimah Yacob dan Anggota Parlimen yang lain di Bangunan Parlimen.

Encik Chung juga akan menemui Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong di Istana.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan