Images
  • chey tae won
    CEO SK Group, Chey Tae-won (tengah). (Gambar fail: AFP/Kim Jae-hwan)

Skandal rasuah: Pengerusi SK Group diarah beri keterangan

SEOUL: Dalam siasatan lanjut skandal rasuah besar di Korea Selatan, pengerusi syarikat SK Group pula diarah memberi keterangan kepada pihak pendakwa raya siang tadi (18 Mac).

Encik Chey Tae-won dipercayai disoal tentang perbincangan antara syarikatnya dengan pihak Presiden Park Geun-hye dalam tahun 2015.

Perbincangan itu berlangsung sekitar masa Encik Chey dibebaskan dari penjara setelah beliau mendapat keringanan bagi hukuman penjaranya selama empat tahun kerana menggelapkan wang.

SK Group merupakan syarikat milik keluarga yang ketiga terbesar di Korea Selatan.

Kumpulan syarikat itu terlibat dalam perniagaan bahan kimia, telekom dan semikonduktor.

- Agensi berita/nd

Komen Anda?

Top
>