Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sistem pertahanan peluru berpandu THAAD sudah tiba di Korea Selatan

Treler-treler yang membawa peralatan pertahanan peluru berpandu THAAD Amerika Syarikat sudah tiba di tapak pelancarannya di Korea Selatan pada awal hari ini (26 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Apr 2017 04:29PM Dikemas Kini : 27 Apr 2017 02:03PM

SEOUL: Treler-treler yang membawa peralatan pertahanan peluru berpandu THAAD Amerika Syarikat sudah tiba di tapak pelancarannya di Korea Selatan pada awal hari ini (26 Apr).

Ini sedang ketegangan terus memuncak antara Amerika Syarikat dan Korea Utara, menurut laporan agensi berita Yonhap.

Ketibaan keenam-enam treler di padang golf itu mencetuskan pertempuran antara para penduduk tempatan dengan pihak polis, tambah Yonhap.

Washington dan Seoul mengerahkan Sistem Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) bagi mengimbangi ancaman Korea Utara.

Korea Utara bertegas untuk meneruskan program peluru berpandu balistik walaupun dikenakan beberapa sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sistem THAAD berupaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik jarak dekat dan sederhana sebelum ia menghampiri sasaran.

Korea Utara juga dipercayai sedang bersiap sedia untuk melancarkan ujian senjata nuklear yang keenam.

Washington dan Seoul bersetuju untuk mengerahkan sistem pertahanan peluru berpandu itu lebih awal menyusuli rundingan antara pemangku presiden Korea Selatan dan Naib Presiden Amerika Mike Pence, yang melakukan lawatan ke Korea Selatan pada awal bulan ini. 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan