Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Singapura kutuk keras letupan di Manchester Arena; tiada rakyat S'pura dilapor cedera

Singapura mengutuk keras serangan bom di Manchester Arena dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA pada Selasa (23 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura kutuk keras letupan di Manchester Arena; tiada rakyat S'pura dilapor cedera

Polis Britain akan melakukan rondaan bersenjata ke atas perkhidmatan kereta api di merata negara itu, buat pertama kalinya. (Gambar: AFP/PAUL ELLIS)

Diterbitkan : 23 May 2017 11:46AM Dikemas Kini : 23 May 2017 11:48AM

SINGAPURA: Singapura mengutuk keras serangan bom di Manchester Arena dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA pada Selasa (23 Mei).

 "Kami menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa dan bagi mereka yang cedera, kami berharap agar mereka cepat sembuh," menurut kenyataan itu lagi.

MFA turut mendedahkan bahawa pihaknya tidak menerima laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas secara langsung atau cedera akibat letupan di Manchester Arena yang mengorbankan 19 orang dan mencederakan kira-kira 50 yang lain.


Menurut MFA, kementerian itu dan Suruhanjaya Tinggi Singapura di London sudah berhubungan dengan rakyat Singapura di Manchester yang sudah mendaftarkan diri secara online.

Suruhanjaya Tinggi Singapura akan bekerjasama dengan pihak Polis Manchester untuk memantau keadaan dengan teliti, katanya.


Rakyat Singapura yang kini berada di Britain dinasihati supaya terus berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan mereka, menurut MFA.

Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular dengan segera boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di London atau Pejabat Petugas MFA di:


Suruhanjaya Tinggi Singapura di London
Tel: +44 (0)207 235 8315
Telefon Bimbit: +44 (0) 771 034 8335
Emel:
singhc_lon [at] mfa.sg
Pejabat Petugas MFA (24-jam)
Tel: +65 63798800/8855
Emel: mfa_duty_office [at] mfa.gov.sg 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan