Images
  • Rex Tillerson
    Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson. (Gambar: AFP/CHRIS KLEPONIS)

Setiausaha Negara AS Rex Tillerson bertemu menteri ehwal luar ASEAN Mei ini

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson akan mengadakan pertemuan dengan para menteri ehwal luar Asia Tenggara pada 14 Mei di Washington menjelang sidang puncak serantau pada bulan November.

Demikian menurut seorang pegawai Jabatan Negara itu semalam (20 Apr).

Para menteri ehwal luar dari 10 negara anggota ASEAN meminta supaya mesyuarat diadakan dengan Encik Tillerson sebagai usaha untuk mendampingi pentadbiran baru Amerika Syarikat itu, kata Timbalan Penolong Setiausaha Negara Amerika bagi Asia Tenggara Patrick Murphy.

Encik Tillerson dan para Menteri berkemungkinan membincangkan perdagangan, tuntutan wilayah di Laut China Selatan, penyeludupan, jenayah dan isu-isu lain.

“Encik Tillerson menerima pemintaan dari para menteri Asia Tenggara, yang menawarkan untuk datang ke Washington untuk bertemu dengan beliau awal tahun ini, sebelum mesyuarat berbilang pihak yang akan berlangsung pada bulan Ogos di Filipina, kata Encik Murphy. “Encik Tillerson bersetuju.”

Beliau menambah: “Encik Tillerson akan menjadi tuan rumah tetapi beliau bersetuju menyambut mereka dalam satu sesi istimewa pada 4 Mei. Saya rasa kami gembira menyambut para menteri ehwal luar ke sini.”

Encik Murphy juga berkata Setiausaha Pertahanan James Mattis “sudah komited untuk menghadiri Dialog Shangri-La (2-4 Jun) di Singapura.”

- CNA/nk

Komen Anda?

Top