Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan Westminster: Penyerang dikenal pasti sebagai Khalid Masood

Polis Britain hari ini (23 Mac) mengenal pasti lelaki yang mendalangi serangan pengganas Westminster sebagai Khalid Masood, 52 tahun yang dilahirkan di Kent, tenggara England.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan Westminster: Penyerang dikenal pasti sebagai Khalid Masood

Seorang pegawai polis meletakkan jambangan bunga di sebelah gambar pegawai polis yang dibunuh dalam serangan pengganas London. (Gambar: Justin TALLIS/AFP)

LONDON: Polis Britain hari ini (23 Mac) mengenal pasti lelaki yang mendalangi serangan pengganas Westminster sebagai Khalid Masood, 52 tahun yang dilahirkan di Kent, tenggara England.

Dia pernah didapati bersalah beberapa kali kerana menyerang, termasuk menyebabkan kecederaan tubuh, memiliki senjata dan kesalahan-kesalahan menganggu ketenteraman awam, menurut polis.

Dia tidak didapati bersalah atas kesalahan pengganasan sebelum ini, menurut polis.

"Masood bukan tumpuan mana-mana siasatan sekarang ini dan tiada perisikan sebelum ini tentang niatnya untuk melancarkan serangan pengganas," kata Polis Met dalam satu kenyataan.

Mereka menambah bahawa lelaki itu mempunyai beberapa nama samaran dan selama ini tinggal di West Midlands, termasuk bandar Birmingham di mana polis membuat serbuan semalaman.

Masood melanggar para pejalan kaki di Jambatan Westminster sebelum merempuh keretanya di Parlimen, di mana dia menikam seorang pegawai polis.

Dia ditembak mati dalam serangan semalam itu (22 Mac) yang meragut tiga nyawa dan mencederakan sekitar 40 orang.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan