Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan siber 'jauh lebih dahsyat daripada WannaCry' mungkin dilancar

Sejenis 'malware' atau perisian hasad baru yang lebih pantas merebak kini mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya satu lagi serangan siber secara besar-besaran di peringkat global. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 May 2017 06:06PM Dikemas Kini : 19 May 2017 02:07AM

PARIS: Sejenis 'malware' atau perisian hasad baru yang lebih pantas merebak kini mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya satu lagi serangan siber secara besar-besaran di peringkat global.

Ini menyusuli satu serangan perisian tebusan yang dilancarkan baru-baru ini, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurut para pakar, serangan siber kali ini mungkin berskala lebih besar berbanding serangan yang dilancarkan minggu lalu terhadap komputer-komputer di seluruh dunia.

Beribu-ribu komputer terjejas akibat serangan WannaCry, di mana para penggodam menuntut wang tebusan daripada para pengguna yang mahu mendapatkan semula akses kepada fail-fail mereka yang terkunci.

Tidak seperti Wannacry, "ransomware" atau perisian tebusan baru itu, yang diberi nama Adylkuzz, tidak mengunci skrin-skrin komputer.

Sebaliknya, ia boleh memperlahankan sistem komputer dan secara senyap-senyap mencuri tenaga pemprosesan komputer untuk menjana mata wang digital Mo-nero.

Setakat sehingga semalam (17 Mei), Adylkuzz dianggarkan sudah menjejas beratus-ratus ribu komputer di seluruh dunia.

Ancaman serangan-serangan skala besar seumpama itu dari para penjenayah siber meningkatkan lagi risiko terhadap syarikat-syarikat dan pemerintah-pemerintah dunia.

Ini kerana sebahagian daripada penjenayah siber itu menggunakan peralatan yang asalnya dihasilkan oleh agensi-agensi risikan. 

Sumber : AFP/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan