Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan perisian tebusan terbaru merebak ke Asia Pasifik

Serangan siber terbaru yang bermula semalam sudah merebak ke rantau Asia-Pasifik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jun 2017 11:28PM Dikemas Kini : 28 Jun 2017 11:31PM

ASIA PASIFIK: Serangan siber terbaru yang bermula semalam sudah merebak ke rantau Asia-Pasifik.

Ia menjejas sistem-sistem komputer di merata dunia.

Sebuah kilang coklat Cadbury di Tasmania dan sebuah firma guaman adalah antara yang pertama menjadi mangsanya di Australia.

Di India, mangsa-mangsa serangan siber itu termasuk Pelabuhan Jawaharlal Nehru di Mumbai yang merupakan pelabuhan kontena terbesar negara itu serta cawangan-cawangan beberapa syarikat berbilang negara yang sudah menjadi mangsanya di Eropah.

Serangan siber bersifat peras ugut atau "ransomware" secara besar-besaran itu yang kedua dalam masa kurang dua bulan.

Kejadian terbaru itu pertama kalinya dikesan di Ukraine dan disusuli Rusia.

Ia menjejas hebat bank-bank, pejabat pemerintah, lapangan terbang utama di ibu kota Kiev, grid bekalan elektrik dan stesen TV.

Di Rusia, mangsa-mangsanya termasuk komputer-komputer loji nuklear Chernobyl dan syarikat minyak terbesarnya, Rosneft.

Virus itu kemudian menular cepat ke bahagian barat Eropah dan Amerika Syarikat, menjejas perniagaan, pengendali pelabuhan dan sistem-sistem pemerintah.

Serangan itu menggunakan virus Petya.

Pihak penyerangnya menuntut para mangsa membayar 'wang tebusan' AS$300 dalam bentuk matawang siber 'bitcoin' bagi membuka semula sistem setiap komputer yang dikuncinya.

Syarikat Microsoft menyatakan virus itu yang digelar 'Goldeneye' boleh merebak menerusi kecacatan yang terpasang semasa mengemas kini aspek keselamatan komputer pada Mac lalu.

Adalah dipercayai virus 'ransomware' yang digunakan dalam serangan siber terbaru ini lebih berbahaya kerana ia menyebabkan komputer lumpuh dan tidak boleh dihidupkan semula atau "reboot".

Pakar-pakar keselamatan komputer juga percaya "ransomware" serangan kali ini tidak mempunyai "suis mati", bermakna penularannya lebih sukar untuk dihentikan berbanding virus WannaCry dalam serangan global bulan lalu.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan