Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan New York: Trump seru undang-undang imigresen diperketat

Presiden Trump menyeru agar undang-undang imigresen negara itu diketatkan lagi berikutan percubaan serangan pengganas di terminal bas utama kota New York pada Isnin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Dec 2017 08:01PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 10:35PM

WASHINGTON: Presiden Trump menyeru agar undang-undang imigresen negara itu diketatkan lagi berikutan percubaan serangan pengganas di terminal bas utama kota New York pada Isnin (11 Dis).

Beliau mendakwa dasar imigresen sekarang membenarkan terlalu ramai orang luar memasuki negara itu.

Tiga orang cedera dalam serangan bom di terminal bas Port Authority pada waktu sibuk sebelah pagi.

Penyerangnya, Akayed Ullah berusia 27 tahun, adalah pendatang dari Bangladesh dan bekerja sebagai pemandu teksi.

Dia cedera akibat bahan letupan yang diikat pada badannya.

Tragedi dapat dielakkan kerana bom itu dikatakan rosak, menyebabkan tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Ullah dipercayai melakukan serangan nekad itu sendirian.

Ia dikatakan sebagai tindak balas terhadap serangan udara tentera Amerika ke atas kumpulan ISIS di Syria pada Jun lalu.  

Sumber : CNA/APTN/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan