Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan Manchester Arena: Angka korban naik kepada 22; kanak-kanak antara yang terkorban

Dalam satu kenyataan dari Polis Manchester yang dikeluarkan di sidang media, Ketua Konstabel Ian Hopkins berkata pihak berkuasa menyifatkan letupan di Manchester Arena sebagai satu "serangan pengganas" sehingga para pegawai mempunyai maklumat lanjut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2017 03:17PM Dikemas Kini : 24 May 2017 08:23AM

Dalam satu kenyataan dari Polis Manchester yang dikeluarkan di sidang media, Ketua Konstabel Ian Hopkins berkata pihak berkuasa menyifatkan letupan di Manchester Arena sebagai satu "serangan pengganas" sehingga para pegawai mempunyai maklumat lanjut.

Ketua konstabel itu turut mengesahkan bahawa angka korban meningkat dari 19 hingga 22, dan kanak-kanak merupakan diantara mereka yang terkorban.

Beliau turut memberikan beberapa maklumat tambahan mengenai penyerang yang disyaki.

Beliau berkata polis buat masa ini percaya bahawa serangan itu dilakukan oleh seorang lelaki, menurut satu laporan BBC.

Menurut beliau, penyerang mungkin turut terkorban di arena berkenaan, dan lelaki tersebut dipercayai membawa bahan letupan yang diledakkannya sendiri.

Ketua konstabel itu juga meminta orang ramai supaya jangan membuat sebarang spekulasi tentang nama dan identiti penyerang.

Beliau berkata mereka yang cedera sedang dirawat di hospital di merata bandar itu.

Apabila ditanya tentang usia mangsa, beliau berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat untuk diberikan, setakat mengesahkan bahawa terdapat kanak-kanak di kalangan mereka yang terkorban.

Beliau juga tidak mengesahkan sama ada penyerang adalah rakyat Britain.

Polis sedang bekerjasama dengan pegawai-pegawai lain untuk menyiasat letupan itu dan meminta orang ramai supaya menjauhi tempat kejadian, sementara siasatan sedang dijalankan, menurutnya. 

Sumber : Agensi berita/CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan