Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seoul tubuh jawatankuasa khas bagi mulakan siasatan baru feri Sewol

Korea Selatan akan memulakan siasatan baru mengenai tragedi feri Sewol yang karam hampir tiga tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Mar 2017 08:45PM Dikemas Kini : 30 Mar 2017 02:24AM

SEOUL: Korea Selatan akan memulakan siasatan baru mengenai tragedi feri Sewol yang karam hampir tiga tahun lalu.

Parlimen sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas lapan orang anggota bagi melakukan siasatan itu.

Setelah diangkat dari dasar laut, Feri Sewol kini dalam proses dihantar ke sebuah pelabuhan, lusa.

Feri ini tenggelam pada 14 April 2014 dalam keadaan cuaca buruk.

Lebih 300 orang mati, kebanyakannya pelajar sekolah tinggi Korea Selatan.

Sembilan lagi mayat belum ditemui.

Sejauh ini pasukan forensik menemui tujuh serpihan tulang haiwan serta beberapa kasut dan barang lain.

Siasatan sebelum ini membuat kesimpulan bahawa Sewol karam kerana membawa muatan berlebihan dan ada pengubahan secara haram dilakukan terhadap bentuknya.

Jawatankuasa siasatan yang baru dibentuk diberi masa 10 bulan untuk mengetahui punca sebenar tragedi itu dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab.

Lapan anggota jawatankuasa itu adalah pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam menyiasat kemalangan maritim.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan