Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang Muslim tidak dikenali hulurkan dakapan bagi ubati kesedihan penduduk Manchester

Permintaan beliau itu membuat para penduduk Manchester terhenti seketika di Dataran St Ann, kawasan di mana jambangan bunga, belon dan patung mainan diletakkan bagi menghormati 22 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang Muslim tidak dikenali hulurkan dakapan bagi ubati kesedihan penduduk Manchester

Keadaan di Dataran St Ann di tengah bandar Manchester. (Gambar: AFP/Ben STANSALL)

Diterbitkan : 27 May 2017 09:10PM Dikemas Kini : 27 May 2017 09:11PM

MANCHESTER: "Saya seorang Muslim dan saya percaya anda. Adakah anda cukup yakin dengan saya untuk mendakap saya?" tanya seorang lelaki yang menutup matanya dengan kain kepada mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada para mangsa pengeboman di Manchester.

Permintaan beliau itu membuat para penduduk Manchester terhenti seketika di Dataran St Ann, kawasan di mana jambangan bunga, belon dan patung mainan diletakkan bagi menghormati 22 orang, kebanyakannya kanak-kanak, yang terbunuh dalam letupan pada Isnin (22 Mei) di sebuah konsert.

Lelaki itu menarik perhatian ramai orang daripada pelbagai latar belakang yang memerhatikan dan ramai juga yang mendakap beliau.

Selepas sejam berlalu dan mendapat ratusan dakapan, lelaki itu berhenti dan berkata.

"Terima kasih kepada anda semua, ia sangat bermakna bagi saya," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada mereka yang masih berada di situ.

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan