Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Senat AS sahkan Mike Pompeo sebagai pengarah CIA

Senat Amerika Syarikat mengesahkan Mike Pompeo sebagai pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA) untuk Presiden Donald Trump pada hari Isnin (23 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Senat AS sahkan Mike Pompeo sebagai pengarah CIA

Mike Pompeo. (Gambar: Handout/U.S. House of Representatives)

Diterbitkan : 24 Jan 2017 10:04AM Dikemas Kini : 24 Jan 2017 10:05AM

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat mengesahkan Mike Pompeo sebagai pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA) untuk Presiden Donald Trump pada hari Isnin (23 Jan).

Ini meskipun sesetengah penggubal undang-undang prihatin bahawa Encik Pompeo akan meningkatkan pemantauan atau membolehkan penggunaan apa yang digelar sebagai Teknik-Teknik Soal Siasat yang Ditingkatkan, yang dianggap ramai sebagai satu penyeksaan.

Sedang proses mengundi diteruskan, terdapat 67 undi "ya", lebih daripada mencukupi untuk mengesahkan Encik Pompeo memegang jawatan itu, dan 30 mengundi sebaliknya. Hampir kesemua yang memberikan undi membantah keputusan itu adalah dari parti Democratic.

Sumber : Reuters/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan