Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seksa wanita gara-gara cinta bertepuk sebelah tangan

Apabila cinta bertepuk sebelah tangan, ia sering berakhir dengan duka atau tragedi.

Anggaran Waktu Membaca:
Seksa wanita gara-gara cinta bertepuk sebelah tangan

Sonia Bibi yang dibakar hidup-hidup. (Gambar-gambar: Merdeka.com)

Diterbitkan : 27 Sep 2016 01:39AM Dikemas Kini : 27 Sep 2016 01:51AM

BERITAMediacorp: Apabila cinta bertepuk sebelah tangan, ia sering berakhir dengan duka atau tragedi.

Malah sesetengah orang sanggup menggunakan kekerasan terhadap wanita atau lelaki yang menolak cinta mereka.

Berikut ini kisah empat orang gadis yang menjadi mangsa diseksa gara-gara menolak cinta.

Lelaki bernama Syen Emad Hasan, 30 tahun dituduh menculik dan memperkosa seorang rakan wanita selama lima hari malah memaksa beliau memeluk agama Islam.

Awal daripada itu, Syen Emad melamar rakan wanita berusia 27 tersebut namun ditolak kerana keluarganya tidak membenarkan beliau bernikah dengan orang berlainan agama.

Menurut laporan laman Daily Mail, pada bulan Ogos tahun lalu, wanita itu kemudian berhijrah ke Dubai untuk bekerja.

Merdeka.com

Syen Emad Hasan. 

DIPERKOSA, DIPAKSA PELUK ISLAM

Namun sekembalinya beliau ke tanah air, wanita itu bertemu dengan Syen Emad sebelum beliau diculik dan disembunyikan di dalam rumahnya serta telefon bimbit beliau dirampas.

“Menurut wanita itu, beliau dipaksa bertemu dengan Syen Emad yang menunjukkan kepadanya gambar-gambar mereka berdua. Syen Emad juga mengancam akan menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada bapa wanita itu,” menurut polis.

“Malah Syen Emad juga meminta wanita itu mengirimkan gambar-gambar lucah beliau,” tambah polis.

Syen Emad dilaporkan mengambil cuti kerja selama tiga hari dan memperkosa wanita berkenaan, menurut polis.

“Dia mengancam akan menyeksa wanita itu jika tidak mahu bernikah setelah memeluk Islam.

Bahkan dia mengancam untuk membakar dan mencekik beliau,” menurut polis.

Mujur bagi wanita itu, beliau mendapat peluang pada hari keempat diculik, mengirimkan mesej kepada teman-teman beliau tentang keberadaannya di laman Facebook.

Wanita itu kemudian ditemui dalam keadaan luka-luka di bahagian kepala dan wajah.

BOS BAKAR PEKERJA HIDUP-HIDUP GARA-GARA TOLAK LAMARAN ANAK

Nasib gadis asal Pakistan, Maria Sadaqat, tidak begitu baik, hidupnya berakhir dengan kekejaman di tangan bekas bos sendiri.

(Gambar hiasan: Merdeka.com)

Maria dibakar hidup-hidup setelah beliau menolak cinta dan lamaran anak bosnya itu.

Menurut polis, seperti yang ditukil oleh laman Daily Mail, insiden itu berlaku di kampung Upper Dewal, di luar ibu kota Islamabad.

Maria, yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta berhenti kerja setelah dipaksa oleh bos beliau kerana menolak lamaran anaknya, sebelum diseksa.

“Maria diseksa dengan teruk dan dibakar hidup-hidup. Kami mengejarkan beliau ke hospital di Islamabad tetapi kecederaan yang dialami beliau terlalu parah,” kata pakcik Maria, Abdul Basit.

“Anak bos Maria sudah bercerai dan usianya dua tahun lebih tua. Oleh sebab itu Maria menolak lamarannya dan mengundurkan diri setelah dipaksa. Namun mereka kemudian menyerang Maria,” ujar Basit.

Maria meninggal dunia dua hari setelah dimasukkan ke hospital.

DIBAKAR KERANA ENGGAN KAHWIN MUDA

Seorang lagi mangsa cinta tak berbalas yang mati di tangan lelaki durjana, ialah Sonia Bibi, 20 tahun.

Sonia dibakar oleh kekasih beliau, Ahmed, lantaran menolak desakan supaya berkahwin muda.

Sonia Bibi yang dibakar hidup-hidup. (Gambar-gambar: Merdeka.com)

Sonia Bibi. 

Menurut laporan Daily Mail, kakitangan perubatan di hospital di mana Sonia dirawat memberitahu bahawa beliau sepatutnya boleh sembuh meskipun mengalami 50 peratus kelecuran pada tubuh badan beliau.

Malangnya, luka kelecuran tersebut mengalami jangkitan maka Sonia terpaksa bertarung nyawa selama sebulan sebelum beliau akhirnya meninggal dunia.

Insiden di mana Sonia dibakar berlaku di wilayah Multan, daerah Punjab, Pakistan dan Ahmed sudahpun ditangkap.

SERING EKORI GADIS YANG TOLAK CINTA

Malang juga nasib seorang lagi gadis yang dibunuh Rahul, anak kepada seorang pegawai polis di New Delhi, India.

Gambar hiasan. (Gambar: Merdeka.com)

Rahul sudah menyimpan hasrat untuk menikahi gadis berkenaan namun sering ditolak oleh beliau, lebih-lebih sejak Rahul dibuang kerja dan gadis itu mulai menjauhinya.

Menurut laporan Daily Mail yang ditukil Merdeka.com, Rahul sering mengekori gadis tersebut dan menyimpan dendam membunuh beliau.

Pada 22 September, Rahul menyerang gadis itu dan mengelar leher beliau di Mangolpuri, New Delhi.

Mangsa kini mengalami kecederaan serius pada bahagian leher beliau dan akan menjalani 20 jahitan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan