Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekitar 15 maut akibat banjir Athens; PM Greece isytihar hari berkabung

Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban akibat banjir kilat yang berlaku berikutan hujan lebat semalaman.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Nov 2017 09:02PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 10:55PM

ATHENS: Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban akibat banjir kilat yang berlaku berikutan hujan lebat semalaman.

Perdana Menterinya, Alexis Tsipras mengumumkan hari berkabung hari ini (16 Nov).

Encik Tsipras menyifatkan banjir itu sebagai suatu tragedi.

Banjir kilat itu berlaku di pinggir ibu kota Athens dan menenggelamkan rumah dan perniagaan.

Ia juga melumpuhkan sebahagian daripada sebuah lebuh raya utama.

Pasukan penyelamat memberi amaran bahawa jumlah korban mungkin terus meningkat sedang usaha mencari dan operasi menyelamat terus berjalan untuk menyelamatkan penduduk-penduduk yang masih hilang. 

Sumber : CNA/RL/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan