Scotland jalankan pungutan suara baru untuk keluar dari Britain
Scotland yang mahu terus bersama EU akan mengadakan pungutan suara baru untuk keluar dari Britain.
EDINBURGH: Scotland yang mahu terus bersama EU akan mengadakan pungutan suara baru untuk keluar dari Britain.
Hasil pengundian yang dilakukan, 69 anggota parlimen Scotland menyokong manakala 59 menolak usul untuk meminta kerajaan Britain agar menyokong pungutan suara itu.
Scotland akan mengadakan pengundian untuk merdeka dari Britain dalam masa dua tahun akan datang.
Dalam pungutan suara tahun 2014, 55 peratus pengundi Scotland menolak usul untuk merdeka dari Britain.
Namun Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon berkata keadaan sudah banyak berubah menyusuli keputusan Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.