Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sayap pesawat Tigerair kebocoran minyak, penumpang terkandas di Xi'an selama lebih 24 jam

Para penumpang yang menaiki pesawat Tigerair dari Xi'an ke Singapura terkandas selama lebih 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Sayap pesawat Tigerair kebocoran minyak, penumpang terkandas di Xi'an selama lebih 24 jam
Diterbitkan : 28 Apr 2017 04:04PM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 04:06PM

SINGAPURA: Para penumpang yang menaiki pesawat Tigerair dari Xi'an ke Singapura terkandas selama lebih 24 jam.

Mereka pada mulanya dijadualkan berangkat pada 11.35 malam pada Rabu (26 Apr).

Bagaimanapun, para penumpang dalam pesawat TR2969 diminta turun sekitar dua jam setelah menaiki kapal terbang berkenaan, menurut seorang rakyat Singapura dalam penerbangan tersebut.

Encik Soh Leh Koon, 58, berada di Xi'an untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara lelakinya dan seorang rakan.

Beliau memberitahu Mediacorp bahawa selepas meninggalkan pesawat tersebut, para penumpang itu - sekitar 150 orang, berdasarkan anggarannya - bermalam di sebuah hotel, dan diberitahu bahawa sebuah bas koc akan menghantar mereka semula ke lapangan terbang bagi penerbangan gantian pada Khamis. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan