Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi patahkan kegiatan kumpulan risikan; termasuk pertubuhan pengganas asing

Beberapa orang ditangkap termasuk seorang anggota kumpulan bersenjata Houthi yang bertempur di Yaman.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2017 08:59PM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 11:09PM

RIYADH: Arab Saudi berjaya membongkar kegiatan sebuah kumpulan yang melakukan perisikan bagi dua negara dan beberapa pihak asing termasuk Ikhwanul Muslimin yang dianggap Saudi sebagai pertubuhan pengganas.

Majlis Keselamatan Negara Saudi menyatakan kegiatan itu bertujuan menggulingkan kerajaan Riyadh dengan menggugat keselamatan dan kemantapan negara.

Beberapa orang ditangkap termasuk seorang anggota kumpulan bersenjata Houthi yang bertempur di Yaman.

Majlis Keselamatan Negara Saudi juga menyatakan mematahkan satu rancangan kumpulan pengganas ISIS hendak melakukan serangan pengebom nekad di Kementerian Pertahanannya di ibu kota Riyadh.

Dua tali pinggang berisi bahan letupan setiap satu seberat 7 kilogram, sembilan bom tangan dan senjata-senjata lain dirampas.

Dua bakal pengebomnya rakyat Yaman yang tinggal di Saudi ditangkap bersama dua rakyat Saudi.

Dua lelaki Yaman itu menjalani latihan untuk menggunakan tali pinggang berisi bahan letupan.

Sumber : BERITA Mediacorp/MU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan