Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudara-mara warga Palestin yang terkorban tunai ibadah haji sebagai tetamu Raja Salman

Persiapan kini sedang dijalankan bagi ketibaan 1,000 saudara-mara warga Palestin yang terbunuh oleh pasukan Israel, bagi menunaikan ibadah haji.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudara-mara warga Palestin yang terkorban tunai ibadah haji sebagai tetamu Raja Salman

Masjidil Haram, Makkah. (Gambar: AMER HILABI / AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 01:56PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 01:58PM

RIYADH: Persiapan kini sedang dijalankan bagi ketibaan 1,000 saudara-mara warga Palestin yang terbunuh oleh pasukan Israel, bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka juga akan disambut sebagai tetamu Raja Salman, menurut Arab News.

Abdullah Al-Madalj, setiausaha agung kepada Raja Salman bin Abdul Aziz dan Setiausaha Agung bagi haji dan umrah, juga mengatakan ia termasuk penginapan, pengangkutan dan makanan.

Program tersebut, yang sudah berlangsung sejak sembilan tahun lalu, menghargai sikap wira warga Palestin yang terkorban semasa menegakkan hak mereka, dedahnya.

Dalam petikan laporan Arab News, beliau turut berkata bahawa menjadi tuan rumah kepada keluarga mereka akan meringankan keperitan mereka selepas kehilangan orang-orang yang tersayang.

"Ia juga sebagai lanjutan sokongan oleh negara ini kepada warga Palestin," katanya kepada Arab News.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan