Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Satu lagi loji rawatan air di Johor ditutup akibat pencemaran amonia

Syarikat pembekal air negeri Johor, SAJ Ranhill Sdn Bhd (SAJ) diarahkan menutup satu lagi loji rawatan air semalam (18 Nov) akibat pencemaran amonia, kurang sebulan selepas tiga loji ditutup atas sebab yang sama. 

Anggaran Waktu Membaca:
Satu lagi loji rawatan air di Johor ditutup akibat pencemaran amonia

Kolam Air Linggiu di Johor. (Gambar fail: Monica Kotwani)

Diterbitkan : 19 Nov 2017 06:21PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 06:23PM

JOHOR BAHRU: Syarikat pembekal air negeri Johor, SAJ Ranhill Sdn Bhd (SAJ) diarahkan menutup satu lagi loji rawatan air semalam (18 Nov) akibat pencemaran amonia, kurang sebulan selepas tiga loji ditutup atas sebab yang sama.

Dalam kenyataannya pada Sabtu (18 Nov), SAJ menyatakan loji rawatan air Sembrong Barat di Kluang ditutup selepas sumber air di Empangan Sembrong didapati mengandungi paras amonia yang tinggi.

"Penutupan ini dijangka menjejas sekitar 45,000 pengguna, atau sekitar 223,000 orang di Kluang," menurut SAJ.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif bagi Kesihatan, Sekitaran, Pendidikan dan Penerangan Ayub Rahmat berkata Jabatan Sekitaran akan menyiasat punca pencemaran hari ini (19 Nov).

"Saya akan kunjungi tempat pencemaran itu tengah hari ini," kata Encik Ayub.

Awal bulan ini, tiga loji rawatan air di Sungai Johor, khususnya loji Semangar, Johor dan Tai Hong, diarahkan supaya menggantung operasi masing-masing akibat pencemaran amonia, yang dikenal pasti berpunca daripada loji memproses baja yang tidak diluluskan.

Penutupan tersebut menjejas sekitar dua juta orang di Johor Baru, Kulai dan Kota Tinggi.  

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan