Images
  • anjing
    Dua lagi kawasan baru wabak penyakit anjing gila atau Rabies yang didapati positif.

Sarawak keluarkan amaran penyakit anjing gila, cecah 330 kes gigitan sejak April

SERIAN: Sarawak mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap rabies atau penyakit anjing gila.

Beberapa kawasan dijangka diletakkan dalam kuarantin terutama di Serian, di mana tiga orang mati dan seorang dirawat di hospital.

26 kes baru gigitan anjing dikesan dalam bulan ini.

Ini menjadikan jumlahnya kepada lebih 330 kes sejak April lalu.

Pihak berkuasa menggesa penduduk yang digigit anjing di kawasan-kawasan terjejas supaya segera berjumpa doktor dan mendapatkan suntikan.

Sejauh ini, hampir 6,000 haiwan sudahpun diberi suntikan.

Negeri Perak juga sedang dalam proses mewartakan Kuala Sepetang, di Taiping, sebagai kawasan wabak rabies dengan segera.

Ini menyusuli kejadian dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan pada 4 Julai lalu.

Tindakan kawalan penyakit rabies dilaksanakan sejak semalam dan rancangan menyuntik vaksin ke atas anjing-anjing bertuan di dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan terjejas.

- CNA/im

Komen Anda?

Top