Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sanggup pandu lebih 2,500km untuk tuntut wang dari bekas isteri

Seorang lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun sanggup memandu lebih 2,500km dari Malaysia ke Si Chomphu, Khon Kaen di Thailand untuk mencari bekas isterinya, seorang wanita warga Thailand, yang disyaki menipunya lebih tiga juta baht (S$120,700) dalam satu usaha sama perniagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sanggup pandu lebih 2,500km untuk tuntut wang dari bekas isteri

Gambar hiasan. (Gambar fail)

Diterbitkan : 23 Jan 2017 06:31PM Dikemas Kini : 23 Jan 2017 06:48PM

BANGKOK: Seorang lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun sanggup memandu lebih 2,500km dari Malaysia ke Si Chomphu, Khon Kaen di Thailand untuk mencari bekas isterinya, seorang wanita warga Thailand, yang disyaki menipunya lebih tiga juta baht (S$120,700) dalam satu usaha sama perniagaan.

Menurut pegawai penyiasat di balai polis Si Chomphu, Mejar Worapol Srichiengsa, lelaki warga Malaysia yang membuat aduan itu turut mengemukakan resit urus niaga bank sebagai bukti.

"Beliau membuat aduan terhadap bekas isterinya kerana dipercayai menipunya setelah memberikan wang kepada wanita itu untuk membuka perniagaan ladang tebu di kampung halamannya di daerah Si Chomphu."

Lelaki tersebut bertemu isterinya yang berusia 32 tahun di Hatyai 11 tahun lalu dan memutuskan untuk mengahwininya di Malaysia. Isterinya membantunya menguruskan resortnya selepas mereka berkahwin.

Pasangan tersebut tidak mempunyai anak.

Menurut Worapol, masalah tersebut bermula pada tahun 2012 apabila isteri menyarankan untuk membuka perniagaan ladang tebu kampung halamannya.

Selepas bersetuju dengan cadangan bekas isterinya itu, lelaki tersebut dipercayai menyalurkan wang ke dalam akaun bank bapa mertuanya pada tahun 2012 sehingga hujung tahun lalu apabila pasangan itu berpisah.

Selepas bercerai, bekas isterinya pulang ke kampung halamannya. Lelaki tersebut bagaimanapun mendakwa bahawa beliau tidak menerima apa-apa daripada pelaburan dalam perniagaan tebu itu.

Lelaki itu kemudian dinasihatkan supaya memfailkan satu lagi aduan di Pusat Aduan Dumrongtham kerana kes itu melibatkan pertikaian keluarga.

Pusat aduan itu berjaya menemukan lelaki tersebut dengan bekas mertuanya untuk mencari jalan keluar berhubung isu berkenaan tetapi kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur.

Satu lagi rundingan akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut laporan itu, bekas isteri lelaki tersebut sudahpun berkahwin dengan seorang lelaki Thai.  

Sumber : Agensi berita/bb
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan