Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

S'pura kutuk keras serangan kedutaan China di Kyrgyzstan

Sebuah kereta meletup selepas merempuh pagar masuk kedutaan China di ibu kota Kyrgyz Bishkek hari ini (30 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kutuk keras serangan kedutaan China di Kyrgyzstan

REUTERS/Vladimir Pirogov

Diterbitkan : 30 Aug 2016 11:04PM Dikemas Kini : 30 Aug 2016 11:08PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) hari ini (30 Ogos) mengutuk keras pengeboman di kedutaan China di kota Krygyzstan, dengan menyatakan serangan sedemikian "tidak dapat diterima".

Sebuah kereta meletup selepas merempuh pagar masuk kedutaan China di ibu kota Kyrgyz Bishkek hari ini (30 Ogos).

Tiga kakitangan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital, menurut Kementerian Ehwal Luar China.

Paramedik tempatan mengatakan pemandu kereta itu dibunuh.

Dalam kenyataannya, MFA menyatakan Singapura mengutuk keras serangan itu.

"Serangan sedemikian kepada Kedutaan luar iaitu satu kawsan diplomatik dilindungi di bawah Konvensyen Vienna, tidak dapat diterima," tambahnya.

"Kami harap mereka yang cedera cepat sembuh."

Dalam satu kenyataan media hari ini (30 Ogos), Kementerian Ehwal Luar China menggesa para pegawai Kyrgyz untuk "menyiasat sepenuhnya insiden itu".

Seorang jurucakap kementerian mengatakan tiada pertubuhan yang mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu, tetapi menyifatkannya sebagai kerja "pengganas". 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan