Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura jawab komen mantan pegawai Indonesia berkaitan FIR

Komen-komen oleh mantan pegawai tentera udara Indonesia baru-baru ini mengenai Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Singapura seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, "tidak memberi gambaran tepat". Demikian menurut duta besar Singapura ke Indonesia dalam satu kenyataan hari ini (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Dec 2017 03:03PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 10:38PM

SINGAPURA: Komen-komen oleh mantan pegawai tentera udara Indonesia baru-baru ini mengenai Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Singapura seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, "tidak memberi gambaran tepat". Demikian menurut duta besar Singapura ke Indonesia dalam satu kenyataan hari ini (11 Dis).

Duta Besar Anil Kumar Nayar merujuk kepada rencana yang diterbitkan di laman MetroTVnews.com pada 30 November.

Rencana bertajuk "Pemerintah Harus Segera Kendalikan Penerbangan di Langit Kepri" mengandungi komen mantan Ketua Turus Angkatan Tentera Udara Indonesia, Ketua Marsyal Udara (Bersara) Chappu Hakim dan Pengerusi Pusat Kuasa Udara Indonesia, Naib Marsyal Udara (Bersara) Koesnadi Kardi.

"Komen mereka, seperti yang dilaporkan, memberi gambaran yang tidak tepat. Pertama, pentadbiran FIR bukan isu kedaulatan. Ia berdasarkan pertimbangan operasi dan teknikal untuk menyediakan khidmat kawalan trafik udara yang berkesan. Keutamaannya adalah keselamatan penerbangan.

"Isu yang rumit ini di bawah skop Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang melibatkan negara-negara lain dan para pengguna antarabangsa yang dilindungi FIR," kata duta besar Singapura.

Beliau menambah, ia "bukan sesuatu yang luar biasa" bagi pihak berkuasa trafik udara dari sesebuah negara untuk menyediakan khidmat pengurusan trafik udara di ruang udara negara lain.

"Indonesia, misalnya, menyediakan khidmat pengurusan trafik udara di ruang udara milik negara lain."

Duta besar itu juga berkata bahawa komen yang dilaporkan oleh Naib Marsyal Udara (Bersara) Koesnadi tentang Indonesia "buat masa ini ... hanya mendapat bahagian kecil" daripada hasil Khidmat Pengemudian Laluan Udara (RANS) adalah tidak benar.

"Semua hasil RANS yang dikumpul Singapura bagi Indonesia disalurkan kepada Direktorat Agung Penerbangan Awam (DGCA) Indonesia, tidak termasuk kos pemindahan bank. Dan DGCA indonesia selalu mendapati semua akaunnya betul dan tersusun," tambah beliau. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan