Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

S'pura, China kerjasama bagi mempertingkatkan ketersambungan Chongqing

Singapura dan China mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi kedua-dua negara melalui beberapa perjanjian yang dimeterai.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, China kerjasama bagi mempertingkatkan ketersambungan Chongqing

Jambatan di Pembangunan Bandar Ekonomi Sino-Singapura Tianjin. (Gambar: Jeremy Koh)

BEIJING: Singapura dan China mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi kedua-dua negara melalui beberapa perjanjian yang dimeterai menjelang Majlis Bersama Kerjasama Dua Hala (JCBC) tahunan, forum tertinggi antara kedua-dua negara.

JCBC, adalah platform dua hala tertinggi tahunan bagi membincangkan cara-cara memperkukuhkan dan memperluaskan kerjasama Singapura-China, akan diadakan esok (27 Feb).

Sebagai contoh, International Enterprise Singapore (IE Singapore) akan bekerjasama dengan pemerintah perbandaran Chongqing dalam dua projek baru bagi memperbaiki perhubungan pengangkutan perbandaran itu ke China dan melewatinya.

Ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Ketersambungan Chongqing, salah satu daripada tiga projek peringkat antara Pemerintah Singapura dengan China.

Kedua-dua projek itu, diberi nama Platform Pembangunan Logistik Chongqing dan Pusat Pengedaran dan Ketersambungan Berbilang Cara, akan membangunkan Koridor Perdagangan Selatan dari Chongqing ke ASEAN melalui bandar pelaburan Qinzhou di wilayah selatan Guangxi.

Projek-projek baru itu juga akan mempengaruhi perhubungan kereta api Chongqing yang ada sekarang ke Eropah bagi mempertingkatkan perhubungan perdagangan dan logistik perbandaran itu ke Asia Tengah.

Selain daripada dua projek tersebut, lapan lagi perjanjian dimeterai bagi memanfaatkan ketersambungan yang dipertingkatkan di Chongqing.

Ini meliputi bidang-bidang infokom, teknologi, kewangan dan jagaan kesihatan. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan