Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia, Iran dan Turki bincang hentikan konflik Syria

Buat julung-julung kalinya dalam enam tahun sejak konflik di Syria tercetus, Rusia, Iran dan Turki akan bertemu di ibu kota Kazakhstan, Astana, untuk cuba mengakhiri pergolakan yang membelenggu negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2017 09:13PM Dikemas Kini : 23 Jan 2017 10:04PM

ASTANA: Buat julung-julung kalinya dalam enam tahun sejak konflik di Syria tercetus, Rusia, Iran dan Turki akan bertemu di ibu kota Kazakhstan, Astana, untuk cuba mengakhiri pergolakan yang membelenggu negara itu.

Kumpulan-kumpulan pemberontak Syria mengesahkan akan menghadiri rundingan itu bersama pemerintah Damsyik.

Semua perhatian kini tertumpu pada ibu kota Kazakhstan, Astana di mana buat pertama kalinya, kumpulan-kumpulan pemberontak akan bertemu empat mata dengan pemerintah Damsyik.

Berita itu diterima warga Syria dengan perasaan bercampur baur.

Sa'd Sawas, seorang penuntut Kajian Politik, berkata beliau berasa agak optimistik kerana ia mungkin membawa Turki lebih dekat lagi dengan paksi Rusia-Iran-Syria.

Namun pada masa yang sama, beliau turut diingatkan dengan keadaan Syria yang kini serba kekurangan dan tidak menentu.

Mesyuarat itu menyusuli operasi tentera yang dijalankan bersama buat pertama kali antara Rusia dan Turki terhadap Syria.

Rusia dan Turki sehingga kini menyokong dua pihak berasingan dalam peperangan itu, namun kini bekerjasama demi mencapai kedamaian di Syria.

Sungguhpun begitu, mereka masih berselisih pendapat tentang beberapa perkara.

Antaranya - tentang nasib Presiden Syria, Bashar al-Assad, serta kumpulan pemberontak manakah yang patut diwakili.

Halangan sedemikian serta kegagalan mendapatkan bantuan memasuki kawasan-kawasan yang diduduki, telah menyebabkan sidang-sidang puncak keamanan sebelum ini gagal membuahkan hasil.

Maka itulah, kebanyakan warga Syria masih tertanya-tanya sama ada pertemuan di Kazakhstan itu dapat benar-benar membuahkan sebarang perubahan. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan