Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rumah Putih nafi Trump dedah maklumat sulit kepada Rusia

Rumah Putih menafikan dakwaan beberapa media di negara itu bahawa Presiden Donald Trump sudahpun mendedahkan maklumat sulit pihak perisikan kepada Rusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 May 2017 09:09PM Dikemas Kini : 17 May 2017 12:10AM

WASHINGTON: Satu lagi tengkarah menjejas pentadbiran baru Amerika Syarikat.

Rumah Putih menafikan dakwaan beberapa media di negara itu bahawa Presiden Donald Trump sudahpun mendedahkan maklumat sulit pihak perisikan kepada Rusia.

Presiden Trump dilaporkan berbuat demikian semasa bertemu Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, serta duta negara itu ke Amerika di Rumah Putih minggu lalu.

Menurut laporan-laporan berkenaan, Presiden Trump mendedahkan maklumat terperinci mengenai operasi untuk memerangi kumpulan pengganas ISIS.

Bagaimanapun Penasihat Keselamatan Negara Amerika, H R McMaster memberitahu para pemberita dakwaan itu tidak benar dan beliau hadir dalam pertemuan tersebut.

Encik McMaster menjelaskan semasa pertemuan itu Presiden Trump dan Encik Lavrov membincangkan pelbagai ancaman yang menjejas kedua-dua negara termasuk terhadap penerbangan awam.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan