Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan tunjuk perasaan terhadap Trump pada hari ke-100 pentadbirannya

Ribuan orang mengadakan tunjuk perasaan di merata Amerika Syarikat menentang dasar-dasar sekitaran dan iklim Presiden Donald Trump.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan tunjuk perasaan terhadap Trump pada hari ke-100 pentadbirannya

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sudah 100 hari memegang jawatan tersebut. (Gambar: AFP/Jim Watson)

Diterbitkan : 30 Apr 2017 06:35PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 06:36PM

AMERIKA SYARIKAT: Ribuan orang mengadakan tunjuk perasaan di merata Amerika Syarikat menentang dasar-dasar sekitaran dan iklim Presiden Donald Trump.

Bantahan itu diadakan sempena 100 hari Encik Trump berkuasa.

Para penunjuk perasaan itu mendesak Presiden Trump supaya meneruskan dasar-dasar bekas Pentadbiran Obama untuk mencegah perubahan iklim.

Presiden Trump sedang menimbangkan kemungkinan menarik diri daripada Perjanjian Paris untuk mengekang kenaikan suhu bumi.

Beliau juga menyarankan pengurangan besar terhadap Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika.

Semasa berkempen, Encik Trump menyifatkan perubahan iklim sebagai suatu pembohongan.

Namun ribuan orang yang menyertai Perarakan Iklim itu menegaskan mereka akan terus berjuang demi melindungi alam sekitar.

Meskipun tugas itu tidak mudah, para aktivis alam sekitar yakin mendapat sokongan orang ramai.

Satu tinjauan pendapat bulan ini menunjukkan 59% rakyat Amerika bersetuju bahawa perlindungan alam sekitar perlu lebih diutamakan daripada penghasilan daya tenaga negara mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan